Sehingga 10 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 45 KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 726 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 130 KES dari Kluster Pedas dan 109 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN.