Sehingga 09 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 28 KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 681 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN, 87 KES dari Kluster Pedas dan 53 KES dari Kluster Rembau.