Sehingga 03 Mei 2020 jam 5 petang, terdapat 71 KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 592 KES.

Daripada jumlah kes baru tersebut, sebanyak 50 KES merupakan kes import Kluster Pesantren yang melibatkan pelajar yang pulang dari Indonesia dan ditempatkan di Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat SATU (1) KES KEMATIAN berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan adalah sebanyak LAPAN (8) KES.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 104 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN, 53 KES dari Kluster Rembau, dan 5 KES dari Kluster Pedas.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

0405 04

0405 04 02