Sehingga 25 April 2020 jam 5.00 petang, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 kekal sebanyak 433 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di hari Negeri Sembilan ialah sebanyak TUJUH (7) KES.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan sebanyak 80 KES dengan SATU (1) KEMATIAN.