Sehingga 18 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak TIGA (3) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 405 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.
Sebanyak 138 KES positif COVID-19 adalah kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah (PPRD), bermula tarikh 5 April hingga 18 April, daerah Seremban mencatatkan 154 KES (kekal ZON MERAH). Lain-lain daerah kekal ZON KUNING.
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus