Sehingga 14 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak DUA (2) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 sebanyak 362 kes.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah (PPRD), bermula 31 Mac Hingga 14 April, Seremban telah mencatatkan 138 KES (kekal ZON MERAH). Rembau pula telah mencatatkan 20 KES (bertukar ZON KUNING). Daerah lain kekal ZON KUNING.

Daripada jumlah keseluruhan kes sebanyak 137 KES positif COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.

 

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

 

#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita

 

15 04

 

15 04 02

 

15 04 03