Sehingga 13 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak 42 KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 360 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 7 KES.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 137 KES positif COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah (PPRD), bermula tarikh 29 Mac hingga 13 April 2020, Seremban Kekal ZON MERAH dengan mencatatkan 150 KES manakala Rembau masih Kekal ZON JINGGA.
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan