Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 13 April 2020 adalah 1 kes.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah sebanyak 77 kes dengan kadar kematian di negara ini sebanyak 1.60%.
PEMAKLUMAN RALAT!
Merujuk kepada sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 5:30 petang 13 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku sedikit ralat. Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703). Ini bermakna kes ke-2797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita