Sehingga 12 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak Sembilan (9) kes baru positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 sebanyak 318 kes.

Dukacita dimaklumkan, terdapat satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan ialah sebanyak tujuh (7) kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 137 kes positif COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.

Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah, bermula 27 Mac hingga 12 April 2020, daerah Seremban telah mencatatkan 19 kes (kekal ZON MERAH) manakala daerah Rembau mencatatkan 28 kes (kekal ZON JINGGA). Daerah lain Port Dickson, Kuala Pilah, Tampin, Jempol dan Jelebu kekal ZON KUNING.

 

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

 

#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita

 

04 14

 

04 214

 

04 314