Sehingga 11 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak 17 kes baru positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 sebanyak 309 kes.

Dukacita dimaklumkan, terdapat satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan ialah sebanyak enam (6) kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 107 kes positif COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.

Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah (PPRD), dari tempoh 14 hari terakhir bermula 27 Mac hingga 11 April 2020, daerah Seremban telah mencatatkan 118 kes (kekal ZON MERAH), Rembau pula mencatatkan 33 kes (kekal ZON Jingga) manakala daerah Jelebu mencatatkan 1 kes (kekal ZON KUNING). Empat (4) lagi daerah lain iaitu Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Port Dickson kekal ZON KUNING.

 

 #covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita

 

04

 

04 02

 

04 03