Sehingga 10 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak SEBELAS (11) KES baru positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 292 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak LIMA (5) KES.
Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 106 KES positif COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah (RPPD), dalam tempoh 14 hari bermula 26 Mac hingga 10 April, Jelebu telah mencatatkan SATU (1) KES (bertukar ke ZON KUNING) manakala Rembau telah mencatatkan 33 KES (kekal ZON JINGGA).
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita