Sehingga 9 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak sebelas (11) kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 281 kes.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lima (5) kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 105 kes positif COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.

Daerah Jelebu pada hari ini berada pada Zon Hijau apabila tidak mencatatkan kes sejak 25 Mac 2020 manakala Rembau telah berada pada Zon Jingga berdasarkan kepada Program Pengurangan Risiko Daerah.

Terdapat pembetulan pada jumlah kes mengikut Mukim di Kuala Pilah dan data pada hari ni telah diperbaiki. Mohon maaf atas kesilapan dari pihak kami.

 

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

 

#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita

 

93056829 1056980411352209 4187264574371659776 o

 

92247340 1056980364685547 1247882209319190528 o

 

91956037 1056980494685534 5465257132955795456 o