Sehingga 8 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak sembilan (9) kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 270 kes.
Dukacita dimaklumkan, terdapat satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan ialah sebanyak lima (5) kes.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 103 kes positif COVID-19 adalah kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita