Ringkasan penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia setakat 5pm, 08 April 2020.
Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 156 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,119 orang.
Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 166 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,487 (36.10%).
Pesakit di ICU adalah sebanyak 76 orang dan 45 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang. Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 65 orang (1.58%).
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita