Ringkasan penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia setakat 5pm, 06 April 2020.
Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 131 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 3,793 orang.
Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 236 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,241.
Pesakit di ICU adalah sebanyak 102 orang dan 54 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang. Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 62 orang.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita