Sehingga 5 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak 11 kes baru positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 231 kes. Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak empat (4) kes.
Sebanyak 94 kes positif COVID-19 adalah kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita