Sehingga 3 April 2020, jam 5.00 Petang sebanyak empat (4) kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 211 kes.

Dukacita dimaklumkan, terdapat tambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan sehingga kini ialah sebanyak empat (4) kes setakat 3 April 2020.

Sebanyak 89 kes positif COVID-19 adalah dari kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.

 

#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita

 

91311619 1052344048482512 2503185804298289152 o