KLINIK KESIHATAN SERTING HILIR
Klinik Kesihatan Serting Hilir memberi rawatan perkhidmatan perubatan dan cas pendaftaran sebanyak RM 2 kepada penduduk-penduduk di sekitar tanah rancangan Felda Serting Hilir 1 hingga Felda Serting Hilir 7 dan juga merupakan warganegara malaysia. Antara perkhidmatan rawatan yang disediakan ialah klinik pesakit luar, klinik ibu hamil dan klinik kanak-kanak. Bagaimanapun, bagi warga asing yang bekerja di kawasan ladang sekitar Felda Serting Hilir 8 dan Felda Serting Hilir 9 dikenakan bayaran perubatan sebanyak RM15.00. Semua kes-kes kecemasan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol. Banyak poster dan bunting diletakkan dalam dan luar kawasan klinik kesihatan. Tujuannya adalah untuk memberi didikan, pendedahan maklumat dan kesedaran kepada penduduk kampung tentang kesihatan diri, langkah-langkah pencegahan sesuatu penyakit dan pentingnya rawatan awal , cegah sebelum terlambat.
Perbagai Promosi Poster , Banner, Bunting untuk Kesedaran Kepada Masyarakat