Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 12 Julai 2018 : 10.00 Pagi - 1.00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 20 Orang |
Tujuan
Seramai 20 orang pelajar Tabika KEMAS bagi mengikuti program latihan menaip di peringkat awalan usia persekolahan . Tujuan ia dilaksanakan untuk memberikan tambahan aktiviti dan pendedahan dalam bidang teknologi ICT setiap bulan. Selain itu juga Ia memberikan ruang kepelbagaian kaedah untuk peningkatan IQ.
Aktiviti
Permulaan memperkenalkan dan membiasakan diri dengan peralatan serta bahan-bahan pembelajaran online untuk menambahkan lagi kepelbagaian dalam pembelajaran kanak-kanak tabika. Ia turut disertakan dengan latihan menaip yang menghiburkan kepada kanak-kanak , disamping ia memberikan pemahaman dan ingatan mengenal huruf kepada mereka. Dengan peralatan seperti keyboard / papan kekunci turut membantu meningkatkan pengecaman huruf dan pergerakan jari jemari sambil berhibur dan berseronok.
_______________________________________________________________________________________