JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERKONGSIAN ANJURAN MCMC BERTAJUK “AKSES DAN KESELAMATAN INTERNET MEMPERKASA WANITA MALAYSIA DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, DAN MATEMATIK”
Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sebuah forum yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
Sehubungan itu, pihak MCMC berbesar hati menjemput penyertaan anda pada 27 Julai 2022 jam 2 tengahari hingga 4:30 petang.
Antara topik perbincangan adalah bagaimana industri komunikasi dan multimedia berusaha untuk menyediakan akses Internet yang mampan dan selamat dalam menyokong penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam bidang STEM.
Ahli panel juga akan membincangkan usaha yang boleh dilaksanakan di peringkat komuniti mahupun institusi keluarga untuk menggalakkan penglibatan mereka.
Mereka yang berminat dimohon untuk melengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom https://bit.ly/3Po0qhi sebelum atau pada Rabu 27 Julai jam 10 pagi bagi tujuan penyelarasan oleh pihak urus setia.