Masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang cenderung berkongsi apa sahaja maklumat tanpa menyemak kesahihannya. Sikap sebegitu adalah berbahaya dan memberikan impak negatif kepada masyarakat.
 
Marilah bersama-sama menerapkan amalan Tidak Pasti, Jangan Kongsi.
 
Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bermatlamat untuk mentransformasikan perniagaan usahawan kecil kepada ekonomi digital.
 
Pusat Internet Komuniti (PIK) bertindak sebagai titik sentuh di mana usahawan kecil tempatan ini akan mengikuti program-program latihan yang disediakan dan akan diberikan bimbingan dan sokongan yang berterusan dalam bentuk pembangunan perniagaan di platform digital.
 
Inisiatif ini juga membantu meningkatkan permintaan terhadap produk mereka dan menggalakkan lagi penyertaan usahawan kecil untuk mentransformasikan perniagaan dan menggunakan teknologi terkini dalam menambah baik taraf sosioekonomi rakyat.